Friday, June 20, 2014

Cara Menurunkan Berat Badan Secara Alami Dan Sihat


CARA MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA ALAMI DAN SIHAT



            Tiada siapa yang mahu kelihatan gemuk dan tidak sihat. Ramai orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan ideal. Namun, kebanyakan mereka memilih untuk  menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan. Ubat-ubatan ini belum tentu berkesan untuk situasi ini.


            Jangan biarkan perut anda lapar. Makanan memberikan tenaga kepada tubuh badan kita. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh badan akan mengalami kejutan. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


            Banyakkan minum air kosong. Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu anda memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Elakkan minuman berkarbonat kerana ia mengandungi 7-8 sudu gula. Julah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.


            Kurangkan pengambilan garam kerana pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung air sedikit. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. Mengurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Pilih serat bukan lemak. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah.

            Sarapan pagi merupakan pemakanan yang penting. Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolism juga meningkat untuk membakar kalori.


            Jangan gelojoh dan gopoh ketika menikmati makanan. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan. Gigitlah makanan anda menjadi cebisan yang lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini makanan lebih mudah dihadam. Kerapkan makan juga merupakan salah satu cara menurunkan berat badan. Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit daripada hanya makan sekali tetapi dengan kuantiti yang banyak.


            Pengambilan limau dan oren juga turut membantu. Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula. Ambillah makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.


            Kemudian, cara memasak juga mempengaruhi penurunan berat badan. Cara memasak yang paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayur-sayuran, tumisnya dengan sedikit minyak dan hindari daripada menggunakan lemak haiwan. Piring juga boleh memperdayakan pemilihan makanan. Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring yang cengkung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk lainnya. Jika ingin tambah makanan, ambillah sayur-sayuran.


            Banyakkan berjalan sesudah makan. Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan.lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukannya dengan santai kerana perut anda baru sahaja terisi.


            Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan penghadaman yang tidak sempurna. Manakala selepas makan, amalkan meminum the hijau atau the cina dengan serbuk kayu manis dan madu. Elakkan mengambil makanan ringan. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


            Simpan satu diari makanan yang boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan setiap hari, berapa kali anda makan dan berapa banyak. Tahap kelaparan akan menyebabkan anda makan. Diari makanan bileh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau memperbaik tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Antara cara menurunkan berat badan secara alami dan sihat adalah mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


            Khusus bagi kaum wanita, seeloknya tidak berbelanja ketika perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dulu gerai atau bahagian buah dan sayuran. Manakala gerai atau bahagian makanan segera perlu dikunjungi paling akhir sekali atau tidak perlu sama sekali. Untuk mengempiskan perut, gerakkan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

 

            Selain itu  anda dapat menurunkan berat badan secara alami dengan melakukan aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing. Antaranya berjalan cepat dengan menggunakan kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif. Selain itu, renang juga adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam. Bersenam atau perenggangan sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah. Menunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan peha.

 

Antara makanan yang boleh menurunkan berat badan :

1.      Epal hijau

Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah. Ia turut membantu mengekalkan berat badan dan membantu sistem penghadaman.

 

2.      Nenas

Buah nenas kaya dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, sembelit, gatal, bisul dan obesity. Untuk mengurankan obesiti, ambil nenas yang tidak terlalu masak, kupas kulitnya dan cuci bersih. Parut untuk diambil jusnya. Ambil patinya dan minum dua kali sehari.

 

3.      Buah delima

Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk daun sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4.      Lobak merah dan timun

Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk masalah obesiti dengan menjadi kedua-dua bahan ini sebagai jus. Ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh ditambah dengan perahan limau nipis bagi menambahkan rasanya. Minum dua kali sehari.

 

5.      Sayur-sayuran hijau

Sayuran seperti alga hijau, barley, bayam, spirulina dan sayuran hijau organik lain sangat membantu untuk sistem penghadaman. Apatah lagi sayuran hijau yang tinggi dengan kandungan klorofil boleh membantu membersihkan hati, menyahkan bahan beracun serta bahan kimia yang ada dalam tubuh badan.

No comments:

Post a Comment